ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bot berkuasa hidrogen pertama di dunia ‘THE JET’ bakal terbang di Dubai

Berita Global

Views

Syarikat pemula yang berpangkalan di Switzerland, THE JET ZeroEmission mengumumkan yang mereka telah memeterai perjanjian dengan Zenith Marine Services LLC, syarikat yang berpangkalan di UAE dan DWYN LLC untuk memasang dan menguruskan ‘THE JET‘.

Menurut Khaleej Times, ‘THE JET’ merupakan bot terbang berkuasa hidrogen pertama di dunia yang menampilkan reka bentuk ikonik dan bakal membuat kemunculan sulungnya di Dubai. Pengumuman tersebut sekali gus mencerminkan Dubai sebagai peneraju hab global untuk industri masa depan.

Infrastruktur Dubai yang teguh dan persekitaran pelaburan yang menyokong telah menjadikannya landasan pelancaran yang ideal untuk syarikat inovatif untuk mencapai cita-cita global mereka.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

‘THE JET’ menampilkan ciri dan teknologi termaju, membolehkannya terbang dalam keadaan senyap di atas permukaan air pada kelajuan pelayaran 40 knot.

Bot mewah itu mampu membawa sehingga 8 hingga 12 penumpang dan dilengkapi dengan dua sel bahan api dan penghawa dingin serta teknologi bersih dan mesra alam lain yang membantu mengurangkan pelepasan karbon.

Pengasas THE JET ZeroEmission merangkap pemegang rekod kelajuan pelayaran dunia pada 2009 dan pencipta prototaip Seabubbles elektrik pada 2016, Alain Thébault berkata, pihaknya berbesar hati untuk membuat pengumuman ini dari Dubai serta dapat mengeluarkan dan melancarkan ‘THE JET’.

Katanya, ia akan menjadi bot pertama di dunia yang belayar tanpa bunyi, ombak, atau pelepasan dan mempunyai keupayaan terbang 80cm di atas permukaan air.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Tambahnya, mereka juga tidak sabar untuk bertemu dengan mereka yang berminat dengan bot terbang yang menakjubkan ini pada Sidang Kemuncak Iklim Antarabangsa ke-28 (COP28 UAE) yang akan dihoskan di UAE.

Pengumuman itu adalah satu langkah ke hadapan untuk industri teknologi hijau dan untuk syarikat itu sendiri. Mereka turut memperoleh sebahagian daripada pembiayaan yang diperlukan, iaitu sebanyak 10 juta Euro.

Perjanjian kerjasama antara THE JET dan rakan kongsi perniagaan UAE adalah berita baik untuk alam sekitar dan masa depan pengangkutan maritim tenaga bersih.

Teknologi sel bahan api termaju ‘THE JET’ akan dihantar di Dubai untuk penerbangan sulungnya, semasa mesyuarat persediaan COP28 UAE seterusnya, yang akan diadakan pada November 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dubai Media Office

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply