ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lykan Hypersport jadi ambulans ‘tindak-pantas’ di Dubai

Berita Global

Views

Lazimnya, nama Pasukan Polis Dubai ‘cukup tersohor’ bila berkenaan dengan bab kereta-kereta eksotik dan supercar yang berada dalam barisan armada kereta peronda mereka.

Kini, krew ambulans pula ‘tak mahu kalah’ dan turut mempunyai supercar mereka tersendiri dari model Lykan Hypersport.

Kenderaan tersebut telah diperkenalkan semasa pameran ‘Expo 2020’ yang berlangsung di bandar raya tersebut dan dinamakan sebagai ‘HyperSport Responder.’

Sebenarnya, mengikut ‘logik akal’ mana mungkin supercar seperti ini mampu untuk membawa pesakit ke hospital seperti ambulans biasa.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Tetapi, tugas sebenarnya adalah semasa kes-kes kecemasan lain yang memerlukan pasukan perubatan tiba dengan cepat.

Dalam satu kenyataan, Ketua eksekutif Perkhidmatan Ambulans untuk Dubai Corporation, Khalifa bin Darrai berkata, Dubai begitu sinonim dengan apa jua yang unik dan yang pertama di dunia.

Jelasnya, pelancaran ‘HyperSport Responder’ mencerminkan kedudukan unik Dubai sebagai salah satu bandar raya terkemuka di dunia dalam bidang inovasi.

Tambah beliau lagi, kelajuan dan keupayaan kereta ini mampu mengurangkan masa tindak balas dengan ketara semasa kecemasan dan memastikan bantuan awal tepat pada masanya.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurut Khaleej Times, bagi menonjolkan ‘identiti ambulans’nya, kereta itu dicat dengan kombinasi warna putih dan merah menyala dan turut dihiasi dengan pelekat yang tertera pelbagai slogan, antaranya “Dubai, bandar raya terbaik untuk didiami di dunia”.

Tambah menarik, jabatan polis di Abu Dhabi telah menerima sebuah Lykan Hypersport pada pertengahan 2019.

Memandangkan hanya ada 7 buah model Hypersport pernah dihasilkan, besar kemungkinan ‘HyperSport Responder’ baharu paramedik di Dubai adalah kereta yang sama yang pernah menjalankan tugasan polis di Abu Dhabi.

Lykan Hypersport dijana dengan enjin 3.7 liter twin-turbocharged flat-six yang menghamburkan 740 kuasa kuda.

Ia hanya memerlukan 2.8 saat untuk memecut dari 0-100 km/j dan mampu mencecah kelajuan tertinggi 395 km/j. Berdesup bhai!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply