ARKIB

KATEGORI

Tular

Buat aksi drift di Hatyai, pemandu BMW M4 warga Malaysia kena bayar ganti rugi hampir RM12,438

Tular

Views
@หาดใหญ่#พบรถมาเลย์ดริฟท์ซ่าาา!!จบสวยด้วยรอยยิ้ม

Gara-gara melakukan aksi “drift” di tempat letak kereta, seorang rakyat Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian kira-kira 1 petang (waktu tempatan) pada 28 Oktober, pemandu berusia 32 tahun yang membawa kereta jenis BMW M4 itu membuat aksi drift di tempat letak di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Susulan aksi drift itu, sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada tempat letak kereta mengalami kerosakan termasuk cermin pecah dan calar pada kereta dan tuk-tuk.

Tanpa menyedari kerosakan pada kenderaan lain, pemandu itu beredar dari tempat kejadian.

Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai berkata, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan itu membuat laporan polis pada Jumaat.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang semalam (Sabtu).

Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas.

Anuwat berkata, kedua-dua pihak bersetuju pemandu berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan terbabit.

Lelaki itu turut memohon maaf kerana tidak menyedari aksi driftnya menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply