ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Skyline GTR antara 3 kereta mewah lesap dari bengkel, nilai kerugian hampir RM1 juta

Berita Tempatan

Views

Tiga kereta mewah dilarikan dari sebuah bengkel kereta di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan, membabitkan kerugian hampir RM1 juta, semalam.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata kejadian berkenaan disedari pemilik bengkel kira-kira jam 10.39 pagi sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.

Beliau berkata, tiga kenderaan yang hilang adalah masing-masing sebuah Mercedes Benz E200K, Toyota Land Cruiser dan Nissan Skyline GTR Prestige dengan kerugian dianggarkan RM940,000.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kejadian disedari pengadu selepas mendapati kesan pecah pada mangga pintu masuk dan beberapa kunci kereta turut hilang.

Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk ke bengkel dengan memecahkan mangga pintu utama bengkel.

Amihizam berkata, semua kenderaan yang hilang itu milik pelanggan bengkel berkenaan yang sudah siap dibaiki, namun belum dituntut pemiliknya.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 395A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkait kes ini tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply