ARKIB

KATEGORI

Buletin

Budak 11 tahun pandu Proton Saga milik bapa ditahan

Tular

Views

Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu sebuah kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, di Klang, kelmarin mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima satu klip video memaparkan kanak-kanak yang memandu Proton Saga berwarna perak tersebut.

Kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di jalan berkenaan, kira-kira pukul 6 petang kelmarin. Bertindak atas maklumat, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Pandamaran, kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kereta Saga itu bersama kanak-kanak berkenaan dan pemilik kenderaan yang juga bapanya berusia 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Jelas Hoong Fong, dua beranak itu dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan 1987 iaitu masing-masing kesalahan memandu di bawah umur dan bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan itu.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tambah beliau, semakan polis mendapati kanak-kanak itu masih belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Klang.

Justeru, masyarakat dinasihatkan sentiasa mengawasi anak mereka supaya tidak melakukan tindakan membahayakan diri sendiri atau harta benda selain tidak menularkan sebarang konten demi menjaga imej dan privasi orang lain.

Terdahulu, tular satu video berdurasi lebih seminit memaparkan seorang kanak-kanak memandu kereta dari arah jalan utama dan sempat berhenti menemui beberapa rakannya.

Rata-rata warganet mahu polis mengambil tindakan tegas dan kecewa dengan ibu bapa yang gagal mengawal pergerakan anak mereka. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply