ARKIB

KATEGORI

Buletin

Butang baju Melayu berlogo PDRM tidak boleh dijual kepada orang awam

Berita Tempatan

Views

Kedatangan Syawal kini kian terasa dan pelbagai jualan baju dan aksesori Raya semakin rancak. Baru-baru ini tular media sosial, termasuk Facebook beberapa peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual butang baju Melayu berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak PDRM bakal mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat yang menjualnya kepada orang awam, termasuk secara dalam talian. Penjualan barangan PDRM hanya boleh dibuat melalui syarikat dan peniaga yang dilantik oleh mereka dengan proses pembelian bersyarat.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad, peralatan dan kelengkapan pakaian seragam PDRM hanya boleh dijual kepada pegawai polis dengan menunjukkan Kad Sijil Perlantikan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Tambah beliau lagi, ia termasuk kepada pegawai Sukarelawan Simpanan Polis (SSP), Polis Bantuan, Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan kadet polis. Penjualan secara dalam talian menyebabkan kesahihan status pembeli dan kad kuasa PDRM yang ditunjukkan tidak dapat dipastikan.

Selain itu, setiap peniaga yang berlesen dikehendaki mencatatkan butiran pembeli ke dalam Buku Daftar Penjualan, malah pembeli juga dikehendaki menandatangani resit pembelian. Sekiranya pembelian dibuat secara atas talian, proses ini tidak dapat dilakukan.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Penggunaan aksesori dan logo ini hanya dikhususkan untuk pakaian seragam PDRM. Jika perkara ini tidak dicegah dan dikawal, ia dikhuatiri akan menimbulkan penjualan secara terbuka yang boleh mengundang perlakuan jenayah, penyamaran dan sebagainya.

Asmawati berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kelengkapan dan peralatan seragam PDRM, termasuk butang baju Melayu terbabit tidak dijual secara dalam talian. Tindakan segera bakal diambil dengan memberi nasihat, membatalkan permit perniagaan atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply