Desas-desus kini semakin hangat kedengaran di ‘negara seberang’ mengenai model pengganti Toyota Rush. Menurut portal otodriver.com, model LSUV ini bakal digantikan dengan model Yaris Cross.
Namun versi yang akan mendarat di Indonesia itu nanti, bukanlah model yang sama dijual di pasaran negara maju seperti di Jepun mahupun di Eropah.
Yaris Cross versi negara membangun itu nanti akan menggunakan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B, iaitu DNGA-B. Pelantar DNGA-B telah menjadi asas kepada model sedan Yaris ATIV di Thailand, atau Vios 2023 di Laos.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Selain, itu pelantar ini turut dikongsi oleh model MPV tujuh-tempat duduk Toyota Veloz/Avanza, Daihatsu Xenia dan juga Alza generasi baharu.
Menurut info dalaman portal berkenaan, apa yang pasati akan ada perbezaan antara Yaris Cross versi TNGA-B dengan versi DNGA-B itu nanti. Tambahnya, ada kemungkinan ia akan turut merangkumi perubahan reka bentuk dan juga spesifikasi.
Model Yaris Cross versi DNGA-B itu akan dikeluarkan mengikut garis panduan yang diterapkan pada model Veloz, jadi ini bermakna ia akan dihasilkan oleh Toyota sendiri dan bukannya oleh Daihatsu.
Ini bermakna, model ini juga akan tiba di Malaysia dan besar kemungkinan inilah model SUV terbaharu Perodua tahun depan dengan namakod D66B.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Dalam artikel terdahulu, ejen perisik Mat Bond pernah berkata yang model ini dijangka menjadi pesaing terkuat kepada Proton X50.
Untuk versi Perodua, SUV dengan namakod D66B itu bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan. Model ini dijangka menjadi pesaing terkuat kepada Proton X50.
Perodua D66B bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan turut ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.
Dalam artikel terdahulu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan dua nama baharu, iaitu Traz dan Nexis, di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang ‘dicop lebih awal’ bagi kegunaan model baharu mereka nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin
Foto kredit Yaris Cross
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI