ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ceroboh hutan simpan tanpa permit – 13 individu ditahan, 12 kenderaan dirampas

Berita Tempatan

Views

Unit Tindakan Khas Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub menahan 13 individu yang dipercayai melakukan aktiviti sukan lasak di dalam Hutan Simpan Batu Talam di Raub, tanpa permit atau surat kebenaran pada semalam.

Harian Metro melaporkan, selain individu berusia antara 22 hingga 60 tahun yang ditahan itu, PHD turut merampas kenderaan pacuan empat roda, tiga motosikal lasak dan lima ‘all terrain vehicle‘ (ATV) serta beberapa peralatan perkhemahan.

Pegawai Hutan Daerah Raub (PHD) Safiah Aimi Md Isa berkata, penemuan individu terbabit adalah menerusi aktiviti rondaan sempena operasi cuti tahun baharu yang dilakukan oleh pasukan Unit Tindakan Khas PHD Raub.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada satu kumpulan yang dipercayai sudah merancang untuk menjalankan aktiviti lasak dan berkhemah sambil bermalam di dalam hutan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Katanya, siasatan awal mendapati individu yang ditahan terdiri daripada penduduk sekitar daerah ini dan Kuala Lumpur. Kegiatan mereka itu lebih kepada aktiviti riadah sempena cuti tahun baharu.

Dalam operasi berkenaan pihaknya turut menyita peralatan perkhemahan dan memasak serta parang termasuk penyodok di percayai digunakan untuk mendirikan khemah.

Tambah beliau, mereka yang ditahan mendakwa tidak mengetahui perlu mendapatkan permit untuk memasuki hutan simpan kekal daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) atau PHD Raub.

Beliau menambah, jabatan sentiasa berusaha memajukan sektor pelancongan dalam hutan simpan kekal di negeri ini, namun pihak yang ingin memasuki mana mana hutan simpan kekal perlu lebih cakna dan mengetahui proses permohonan dan kemasukan ke dalam hutan yang telah ditetapkan.

Katanya, jabatan itu masih lagi menutup sementara semua 26 Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) di negeri ini berikutan musim tengkujuh.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Safiah Aimi berkata, pihaknya sudah meletakkan banyak papan tanda amaran dan peringatan di semua kawasan hutan simpan di daerah ini, namun sikap sesetengah orang awam yang tidak memandang serius terhadap amaran berkenaan mengundang padah sekiranya mereka ditangkap oleh anggota penguat kuasa.

Menurutnya, individu yang ditahan berada di dalam hutan simpan kekal tanpa permit boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM10,000 atau penjara tiga tahun atau keduanya sekali.

Pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang memasuki hutan simpan kekal tanpa permit, tindakan tegas menunggu pihak terbabit tanpa sebarang alasan diberikan.

Jabatan berharap dengan penangkapan ini akan memberi kesedaran kepada orang awam berkaitan usaha jabatan dalam menguatkuasakan larangan memasuki hutan simpan kekal tanpa permit.

Rondaan yang lebih kerap akan dilakukan oleh pasukan Unit Tindakan Khas PHD Raub sebagai usaha dalam memastikan aktiviti memasuki hutan simpan kekal tanpa permit dapat banteras.

Safiah Aimi berkata, kerjasama masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat kepada jabatan sekiranya mengetahui dan mengesyaki berlakunya aktiviti tanpa kebenaran atau kesalahan hutan di dalam hutan simpanan kekal amatlah dialu-alukan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply