ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19 : Yayasan PETRONAS sumbang peralatan perubatan bernilai RM20 juta

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, PETRONAS menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM20 juta kepada hospital yang diwartakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Peralatan dan bekalan perubatan kritikal itu akan disalurkan menerusi Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada hospital terbabit termasuk pusat kuarantin.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Peralatan perubatan itu termasuklah ventilator, katil hospital dan tilam selain kamera pengimejan termal, termometer digital, kit ujian virus, pelindung hidung dan mulut serta peralatan perlindungan peribadi (PPE).

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Lita Osman berkata pihaknya sangat berterima kasih kepada kakitangan perubatan dan anggota penguat kuasa yang bekerja keras untuk membendung penyebaran COVID-19.

Katanya lagi, pihak hospital memerlukan semua bantuan, terutama sekali apabila terdapat lebih daripada 1,000 pesakit yang positif COVID-19 yang sedang menerima rawatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply