ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cukup-cukuplah sebar ‘teori konspirasi’ MH370, jaga sensitiviti waris mangsa

Berita Tempatan

Views

Orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi berita yang tidak pasti secara umum berkenaan mangsa nahas penerbangan MH370 yang dikatakan masih hidup di sebuah pulau kerana perlu menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Menurut KOSMO! ONLINE, berkongsi perkara tersebut, Public Health Malaysia menyatakan, tindakan orang ramai yang berkongsikan berita tersebut secara umum adalah tidak sensitif.

Baru-baru ini tular muka-muka seiras seakan penumpang MH370 di sebuah pulau menimbulkan persepsi bahawa penumpang-penumpang masih hidup. Mereka dikatakan sudah ‘dicuci otak’ oleh kerajaan dan dihilangkan pemikiran.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Katanya juga, tindakan berkongsi secara terbuka, dikecam penuh kerana MH370 memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga tetapi kita semua rakyat Malaysia.

Keluarga MH370 mengalami kesedihan kehilangan keluarga mereka ketika kejadian dan ada yang masih mengalami kesan trauma sehingga kini.

Hantarkan terus kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Biar pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan, Maira Elizabeth Nari, anak kru pesawat Malaysia Airlines MH370, mengesahkan lelaki wajah seakan bapanya bukan kru kapal tersebut susulan tular wajah seakan-akan bapanya yang kononnya kini tinggal di sebuah pulau.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Penerbangan pesawat B777-200 itu berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dan dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi waktu tempatan, hari yang sama. Ia membawa seramai 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 kru.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Wikipedia.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply