ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terlanggar gumpalan tar punca penunggang basikal maut terperosok bawah bas sekolah

Berita Tempatan

Views

Kegembiraan sekumpulan penunggang basikal berkonvoi bertukar tragedi apabila seorang daripadanya maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Kilometer 20 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, dekat Ijok, di Kuala Selangor, hari ini.

Berita Harian melaporkan, mangsa berusia 36 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, jam 11.12 pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan sebuah basikal dan bas dipandu lelaki berusia 51 tahun jam 9.43 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila penunggang basikal itu melanggar gumpalan tar yang berada tepi lorong kiri jalan.

Ia menyebabkan basikal ditunggang mangsa terbabas dan jatuh di laluan lorong kanan jalan. Pada masa sama, sebuah bas di lorong sama cuba membrek dan mengelak namun merempuh mangsa.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ramli berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis, berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi dan tiba jam 8.38 pagi.

Pemeriksaan mendapati penunggang basikal itu terperosok di bawah bas dan mengalami cedera parah. Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply