ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Damok dapat tiket ‘wild card’ GP Malaysia!

Sukan Permotoran

Views

Pelumba negara, Syarifuddin Azman disahkan akan beraksi pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia bermula 21 hingga 23 Oktober depan menerusi tiket wild card.

Menurut Harian Metro, perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif yang berkata, Syarifuddin atau lebih mesra dipanggil Damok adalah pelumba negara paling layak beraksi di Sepang ketika ini.

Katanya Damok yang bakal membuat penampilan kali kelima menerusi tiket wild card, akan beraksi bersama pasukan VisionTrack Racing Team.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tambahnya, selepas dua tahun GP Malaysia tidak dianjurkan akibat pandemik Covid-19, mereka kini sudah bersedia menanti kehadiran penyokong tempatan serta antarabangsa.

Dengan tiada pelumba Malaysia bersaing musim penuh pada musim ini, beliau percaya Damok akan menjadi tarikan utama kepada peminat MotoGP di negara ini.

Untuk itu, beliau berharap jualan tiket akan meningkat dan penyokong tempatan dapat memberi sokongan padu kepada Damok.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran GP Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, semalam.

Damok sebelum ini beraksi menerusi tiket wild card di Aragon pada tahun lalu serta tiga pusingan di GP Portugal, Sepanyol dan Catalunya.

Pelumba negara itu yang beraksi pada musim penuh Kejuaraan JuniorGP 2022 ketika ini menduduki tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 97 mata bersama pasukan SIC Racing.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sepang Circuit

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply