ARKIB

KATEGORI

Buletin

Manifesto PRN: Pas Terengganu tawar pinjaman motosikal tanpa faedah

Berita Tempatan

Views

Pas Terengganu menawarkan kemudahan pinjaman motosikal tanpa faedah bagi individu yang bekerja dengan pendapatan maksimum RM4,000 sebulan.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tawaran pembelian motosikal tanpa faedah itu antara 10 janji manifesto Pas sekiranya parti itu berjaya mengekalkan pentadbiran pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Ujar beliau, tawaran ini antara janji kerajaan Pas yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) lalu, Pas Terengganu telah menunaikan kesemua 20 manifesto yang dijanjikan sepanjang pemerintahan malah ada lagi yang sedang berjalan.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, parti itu sebelum telah mengemukakan lapan manifesto dalam beberapa siri program bertemu rakyat dan akan menambah dua lagi manifesto baharu sekali gus melengkapkan 10 janji yang ditawarkan kepada rakyat.

Dua tawaran baharu ialah meningkatkan peluang pekerjaan menerusi insentif pengembangan perniagaan kepada peniaga yang membuka cawangan perniagaan di Terengganu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tawaran seterusnya ialah membina ‘township mosque‘ sebagai masjid yang baharu dan lengkap dengan fasiliti merangkumi ekonomi, sukan, rekreasi, pendidikan, sosial, komuniti, kesihatan dan kebajikan.

Tujuh lagi tawaran manifesto Pas Terengganu ialah menyediakan khairat kematian sebanyak RM500, menyediakan tabung geran usahawan belia sebanyak RM5 juta, menyiapkan jalan raya pantai Terengganu dari Kemaman hingga ke Besut dan menaja caruman skim keselamatan Perkeso untuk suri rumah.

Selain itu, parti itu turut berjanji untuk menyediakan tabung bantuan pertanian, penternak dan nelayan sebanyak RM5juta, mewujudkan pusat tafaqquh fiddin di setiap daerah dan menjadikan Terengganu negeri pengeluar makanan negara dengan peruntukan sebanyak RM 100 juta.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply