ARKIB

KATEGORI

Buletin

Delegasi dari pelbagai agensi lawat fasiliti MAN Malaysia

Berita Tempatan

Views

Selepas menjadi pengeluar trak pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai enjin standard, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) kali ini bertemu pula dengan pihak berkuasa bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh syarikat pengeluar dan juga syarikat pengangkutan.

Baru-baru ini, delegasi seramai 12 orang pegawai dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dijemput oleh MAN Malaysia ke ibu pejabat syarikat di Rawang dan kilang pemasangan di Serendah.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks merakamkan penghargaan kepada MOT atas usaha mengumpulkan agensi-agensi berkaitan pengangkutan darat untuk pertemuan yang julung kali dianjurkan.

Ujar beliau, pihaknya berbesar hati atas kesudian pihak Kementerian untuk mendengar dan berinteraksi dengan mereka bagi meningkatkan kecekapan proses pendaftaran trak baharu dan mencari jalan untuk memberi insentif kepada syarikat pengangkutan yang membekalkan trak-trak yang dilengkapi enjin berspesifikasi Euro V.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Bagi Ketua Delegasi Puan Rosnina Yaacob, Timbalan Setiausaha Bahagian I, Bahagian Perancangan Strategik Dan Antarabangsa, MOT, pula berkata, pihak Kementerian mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh para pengeluar untuk mengeratkan hubungan.

Tambah beliau, ini membantu pihak kerajaan memahami dengan lebih lanjut tentang keperluan mereka selain memahami teknologi trak terkini yang digunakan di negara ini.

Ujarnya lagi, Kementerian akan sentiasa berusaha untuk menyediakan dasar-dasar yang lebih baik bagi membantu industri pengangkutan, terutamanya dalam memendekkan dan mempercepatkan proses permohonan pelbagai permit dan kelulusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply