ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua Toyota Alphard guna plat ‘fancy’ sempena nama isteri, MIRA dan DINA ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan dua pemilik kenderaan pelbagai jenis (MPV) memasang nombor pendaftaran ‘fancy yang seakan-akan nama isteri masing-masing membawa padah apabila ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Padang Midin di Kuala Terengganu, semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, kedua-dua MPV jenis Toyota Alphard itu masing-masing dikesan menggunakan nombor pendaftaran MIRA dan DINA yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kenderaan jenis Toyota Alpard pertama dengan nombor pendaftaran MIRA ditahan pada pukul 3.24 petang.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Beliau berkata, kenderaan kedua daripada jenis yang sama pula didapati memakai nombor pendaftaran DINA dalam sekatan jalan raya sama, selang 10 minit kemudian.

Katanya, kedua-dua pemilik kenderaan itu memberi alasan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ berkenaan untuk mendedikasikannya kepada isteri masing-masing.

Mereka mendakwa teruja baharu memiliki MPV berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Ismail berkata, alasan terbabit tidak boleh diterima dan kedua-dua MPV itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Jelas beliau, pemasangan nombor pendaftaran ‘fancy’ terbabit boleh dianggap mahu memperdaya pihak berkuasa dan menyalahi Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara antara setahun dan lima tahun atau kedua-duanya.

Tambah beliau lagi, JSPT Terengganu ingin mengingatkan pengguna agar undang-undang jalan raya perlu dipatuhi walaupun kita ghairah menyambut bulan Syawal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply