ARKIB

KATEGORI

Buletin

EON Berhad dilantik sebagai pengedar rasmi smart Malaysia

Berita Tempatan

Views

Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) melantik cabang pemasaran automotif DRB-HICOM, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sebagai pengedar rasmi smart Malaysia.

EON juga merupakan salah satu pengedar pelbagai jenama terbesar negara, yang mewakili jenama seperti Proton, Audi, Mitsubishi dan Volkswagen.

Sebelum ini, PRO-NET memeterai perjanjian dengan Hap Seng Smart manakala lima lagi pengedar baru bakal diumumkan kelak.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya yakin dengan pengetahuan dan pengalaman EON, ditambah dengan capaian pelanggan DRB-HICOM yang sangat luas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM, Akkbar Danial, EON komited untuk menyumbang ke arah kejayaan perkongsian baharu ini keran mereka diterajui oleh pasukan dinamik yang berpengalaman luas.

Pelantikan pengedar baharunya adalah sebahagian daripada strategi smart Malaysia untuk menjadikan jenama auto premium terbaharu, pintar dan elektrik sepenuhnya ini sebagai teman pemanduan dalam bandar yang ideal kepada pengguna EV di Malaysia.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sebahagian daripada strategi ini ialah memperkenalkan aplikasi pintar yang membolehkan pelanggan memulakan perjalanan digital dan menikmati perkhidmatan secara dalam talian.

Ia juga menyediakan akses mudah kepada peta pengecasan EV dan kemudahan pengecasan DC. Pengedar smart juga dilengkapi dengan sokongan perkhidmatan dan jualan sepenuhnya bagi memberi pelanggan ketenangan fikiran.

PRO-NET akan mengumumkan beberapa lagi pelantikan pengedar baru smart kelak. Merka bakal memperkenalkan model sulung mereka iaitu smart #1 pada suku keempat (Q4) tahun 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply