ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota daftar tanda dagang nama Raize Space dan Yaris Cross di MyIPO, mungkin ada versi Perodua ke?

Berita Tempatan

Views
Perodua Grand Ativa

Tanda dagang (trademark) nama Raize Space dan Yaris Cross telah pun didaftarkan oleh Toyota motor Corporation di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Menurut carian di portal MyIPO, tanda dagang nama Raize Space telah pun didaftarkan pada 14 Disember 2022, manakala nama Yaris Cross didaftarkan sejak 1 September 2021.

Ini seolah-olah memberi petanda awal, dua model baharu Toyota yang bakal diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada masa akan datang.

Seperti yang kita ketahui, baru-baru ini PT Toyota Astra Motor (TAM) telah membuat debut global sulung (World Premiere) model terbaharunya, iaitu Toyota Yaris Cross di Indonesia.

Yaris Cross 2023 untuk pasaran negara membangun ini dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B).

Ia ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu aspirasi alami (NA) 1.5-liter Dual VVT-i 2NR-VE dan rangkaian kuasa hibrid baharu, 2NR-VEX.

Difahamkan rangkaian kuasa hibrid ini adalah yang terbaharu dan belum pernah lagi digunakan pada mana-mana model Toyota mahupun Daihatsu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dari segi dimensi, Yaris Cross 2023 berukuran 4,310 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,615 mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula berukuran 2,620 mm.

Satu lagi model baharu yang sedang dibangunkan oleh Toyota adalah crossover Raize (kembar kepada Daihatsu Rocky dan Perodua Ativa) versi tiga baris dengan tujuh tempat duduk.

Menurut portal permotoran Spyder7.com, model tersebut bakal dikenali sebagai “Raize Space” dan nama tersebut telah pun dipatenkan sejak 2022 di Jepun.

Raize Space akan mempunyai saiz badan yang lebih besar dan turut berkongsi pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama dengan Rocky dan Raize.

Difahamkan dimensi Raize Space mempunyai ukuran 4,295mm panjang, 1,700mm lebar dan 1,680mm tinggi. Ruang dalamannya pula dijangka mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang dewasa.

Dari segi rangkaian kuasa, ia akan dijana oleh enjin 1.2-liter tiga silinder sebaris bersama motor elektrik “e-SMART HYBRID“.

Dari segi kecekapan bahan api pula, versi hibridnya dijangka sekitar 26km/liter atau lebih, meskipun saiz badannya semakin membesar. Raize Space dijangka membuat debut global sulungnya pada 2024.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Adakah ini memberi petanda awal yang kedua-dua model ini akan mempunyai versi Perodua?

Setakat ini, apa yang pasti Perodua sedang membangunkan model SUV segmen-B yang bakal dilancarkan Jun 2024. Model yang dikenali dengan namakod D66B itu merupakan ‘versi kembar’ kepada Yaris Cross.

Menurut ejen perisik Mat Bond, bakal pesaing terkuat kepada Proton X50 ini bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L sahaja buat permulaan, manakala varian hibridnya dijangka tiba sedikit lewat.

*Gambaran digital Ativa versi tujuh tempat duduk dari Theottle

Perodua juga telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak 29 April 2022.

Untuk Raize Space versi Perodua pula, setakat ini tiada maklumat diperolehi. Namun Mat Bond berkata, Aruz facelift sepatutnya dijadualkan dalam tahun ini, tetapi telah ditangguhkan sehingga ke tahun 2026.

Jika dilihat dari ‘selang masa’ facelift Aruz yang agak panjang iaitu 2026, kami menjangkakan Perodua akan terus menggantikan Aruz dengan model baharu yang berasaskan Raize Space.

Apa pun, kita nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply