ARKIB

KATEGORI

Buletin

Feri Pulau Pinang akan terus beroperasi – Menteri Kewangan

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan feri di Pulau Pinang akan diteruskan seperti mana dinyatakan dalam syarat bagi pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang. Portal K! ONLINE melaporkan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan feri tersebut.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Beliau mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan akan dibayar secara dua ansuran tahunan yang mana RM15 juta untuk 2021 akan dibayar pada 2021 sebagaimana diluluskan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

Beliau berkata, baki RM15 juta lagi akan disediakan kerajaan. Tambah beliau, kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan RUU Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) 2020 yang dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi perbahasan sebelum itu di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang telah berkhidmat sejak 126 tahun lalu akan digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari depan. Feri itu hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula pada tarikh sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply