ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prestasi jarak kereta Tesla didakwa “indah khabar dari rupa”

Berita Global

Views

Pendakwaraya persekutuan sedang meneliti dakwaan prestasi Tesla selepas Reuters melaporkan bahawa pengeluar kereta elektrik itu dikatakan melebih-lebihkan potensi jarak pemanduan kenderaannya, lapor Wall Street Journal.

Reuters pada Julai lalu melaporkan bahawa kereta Tesla selalunya gagal mencapai anggaran jarak seperti yang diiklankan dan unjuran yang dilaporkan oleh peralatan kereta itu sendiri, memetik beberapa pakar yang telah menguji atau mengkajinya.

Syarikat itu menulis algoritma kira-kira sedekad lalu untuk mewujudkan anggaran jarak pemanduan yang ‘mengagumkan’, lapor Reuters memetik sumber sebagai berkata, dan menubuhkan ‘Pasukan Lencongan’ untuk membatalkan servis berkaitan jarak.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pengeluar kereta elektrik berpangkalan di Austin, Texas itu mengerahkan pasukan berkenaan kerana pusat servisnya dipenuhi dengan temu janji daripada pemilik yang menjangkakan prestasi lebih baik berdasarkan anggaran pengiklanan syarikat itu dan unjuran yang dipaparkan oleh meter jarak kereta terbabit, menurut beberapa individu yang rapat dengan perkara itu.

Tesla berdepan dengan beberapa siasatan, termasuk pengawal selia keselamatan automotif persekutuan yang sedang meneliti produk bantuan pemandu automatiknya.

Pejabat Peguam Amerika Syarikat (AS) di Manhattan juga sedang menyiasat penggunaan dana syarikat Tesla ke atas satu projek rahsia yang dianggap sebagai dalaman oleh Ketua Eksekutif, Elon Musk, lapor Journal pada Rabu, memetik individu yang biasa dengan perkara itu.

Seorang jurucakap persekutuan enggan memberikan kenyataan terhadap laporan Journal ke atas siasatan itu. Musk tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tiada sebarang nilai didedahkan berhubung siasatan terhadap projek itu, yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan terletak berhampiran Austin, Texas.

Journal pada Julai lalu melaporkan bahawa lembaga pengarah Tesla telah menyiasat sama ada sumber syarikat itu disalah guna bagi projek berkenaan. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) juga telah membuka siasatan awam, lapor Journal.

Seorang jurucakap SEC berkata, agensi itu tidak memberikan kenyataan mengenai kewujudan atau ketiadaan kemungkinan berlaku siasatan. Siasatan itu masih di peringkat awal dan mungkin tidak menyebabkan pendakwaan, kata Journal.

Pendakwaraya yang memberikan tumpuan kepada projek dalaman itu cuba mendapatkan maklumat mengenai manfaat peribadi kepada Musk, manusia paling kaya di dunia, selain jumlah yang dibelanjakan Tesla untuk projek itu dan matlamatnya, lapor Journal. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply