ARKIB

KATEGORI

Tular

Gagal elak lopak air, bukan angkara perbuatan khianat

Tular

Views

Harian Metro melaporkan, polis menafikan kemalangan membabitkan sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan berhampiran susur Subang Jaya disebabkan ada pihak mencurah minyak di kawasan terbabit. Video berdurasi enam saat itu tular dan mendakwa lokasi berkenaan dicurah minyak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman, kemalangan itu berlaku pada 17 Julai lalu disebabkan mengelak lopak air. Jelas beliau, kejadian itu berlaku pada 1 pagi apabila pemandu Honda Insight Hybrid membabitkan seorang wanita gagal mengelak lopak air.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Tambahnya, siasatan lanjut serta keterangan saksi yang membantu mangsa menyatakan tidak berlaku kes khianat tuang minyak di permukaan jalan raya. Risikin berkata, pihaknya kini masih belum mengenalpasti perakam video dan sumber yang ditularkan.

Kata beliau, orang ramai diseru supaya lebih berintegriti dalam menyebar berita dan berbudi luhur dalam membina masyarakat yang harmoni. Ujar beliau lagi, berita yang belum disahkan kesahihannya mudah menarik perhatian umum serta mampu mengundang kegusaran umum khususnya pengguna yang sering menggunakan jalan raya di lokasi kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply