ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geometry E, crossover elektrik kompak terbaharu dari China

Berita Global

Views

Geometry baru-baru ini menyiarkan imej rasmi model kenderaan elektrik (EV) terbaharu mereka yang dikenali sebagai “E”. Sebelum ini ia dikenali dengan nama “X Thunder Tiger”.

Pada Februari 2022, MIIT China telah menerbitkan maklumat am mengenai crossover elektrik berkenaan dan pada ketika itu ia menggunakan nama “X Thunder Tiger” (霹雳虎, Pili Hu). Pelik bebenor namanya yob!

Sebenarnya, Geometry E bukanlah model serba baharu kerana ia berasaskan model Geely Vision X3 yang turut dikongsi bersama dengan beberapa model lain, seperti Geometry EX3 Kung Fu Cow dan Maple 30X.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Crossover ini sangat kecil dan hanya mempunyai ukuran dimensi 4,006mm panjang, 1,765mm lebar dan 1,550 mm tinggi dengan jarak antara gandar 2,485 mm.

Motor elektriknya mampu menghasilkan 81 kuasa kuda. Pada awal bulan ini, Geometry telah menyiarkan beberapa imej crossover elektrik itu sedang menjalani ujian cuaca sejuk.

Ketika ujian tersebut ia dipakaikan dengan celoreng warna kuning dengan belang berwarna perang. Memang pada ketika itu crossover berkenaan kelihatan seperti seekor ‘anak harimau’.

Pada 4 Mac 2022, Geometry berkongsi beberapa imej rasminya dan ia dikenali dengan nama “E” sahaja. Tidak pasti mengapa Geometry tidak lagi menggunakan nama “X Thunder Tiger” untuk model tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ia tampil dengan warna ‘hijau pucuk pisang’ dan kelihatan agak ranggi. Reka bentuk luaran Geometry E juga sama dengan imej yang telah diterbitkan oleh MIIT China sebelum ini.

Rekaan belakangnya agak unik dengan lampu belakang menggunakan jejalur LED dan spoiler belakang rekaan moden dengan lampu brek ketiga jenis LED.

Kelihatan juga imbasan bahagian dalamannya yang memaparkan tempat duduk baris kedua dengan hanya dua penyandar kepala, selain bumbung suria.

Geometry E bakal membuat kemunculan sulung semasa Beijing Auto Show pada bulan April dan akan mula menerjah ke pasaran China tidak lama kemudian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sina, Geometry weibo

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply