ARKIB

KATEGORI

Buletin

Helikopter bertembung dan terhempas, dua maut

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan dua buah helikopter dipercayai bertembung ketika sedang membuat ujian penerbangan dan salah satunya terhempas berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati, Ampang.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kejadian pada 11.46 pagi. Katanya, berdasarkan maklumat awal, kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia. Dua lagi mangsa selamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan sekolah.

Beliau berkata, pasukan bomba masih menjalankan operasi di lokasi kejadian. Tambahnya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses selanjutnya.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Terkini, Berita Harian melaporkan, identiti dua mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas berhampiran sudah dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dua mangsa berkenaan adalah Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44.

Tambah beliau lagi, dua lagi individu yang terselamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Elan, 51.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply