ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi Khas Motosikal – JPJ Kelantan sita 16 buah motosikal

Berita Tempatan

Views

Kelmarin, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Khas Motosikal di Lebuhraya Rakyat, bermula di persimpangan Pasir Hor sehingga ke Persimpangan Ketereh. Operasi tersebut telah melibatkan seramai 45 orang pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Kelantan.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Operasi Khas ini memberi tumpuan kepada motosikal yang diubahsuai tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sebanyak 16 buah motosikal telah disita dan sebanyak 65 notis telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1992 di atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, ubahsuai kenderaan persendirian tanpa kebenaran, lesen kenderaan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan pelbagai kesalahan lain.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Aktiviti penguatkuasaan seumpama ini akan diteruskan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya khususnya di negeri Kelantan sentiasa di dalam pemantauan pihak berkuasa. Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan trafik kepada http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Kelantan

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply