ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic Type R baharu ‘mendarat’ di Malaysia – 19 unit sahaja untuk 2023, harga RM399,900

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model yang paling dinanti-nantikan, iaitu Civic Type R. Dijual pada harga RM399,900 mereka yang berminat perlu ‘berebut’ untuk mendapatkan hanya 19 unit yang diperuntukkan untuk tahun 2023.

Tempahan model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini juga telah pun dibuka dan peminat tegar Civic Type R tidak perlu khuatir kerana lebih banyak unit lagi akan tiba di Malaysia pada 2024.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, setakat ini lebih daripada 600 pemilik Civic Type R sejak ia mula diperkenalkan pada 2007.

Berikut adalah fakta ringkas menarik mengenai Civic Type R 2023:

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Reka bentuk luaran

Model ‘hot hatch‘ berprestasi tinggi ini menampilkan reka bentuk aerodinamik untuk mendapatkan gaya dan pengendalian seperti sebuah kereta lumba.

Bukaan jeriji hadapannya direka untuk aliran udara, alur keluar fender hadapan pula mengurangkan tekanan dalam roda, manakala hiasan ambang sisi meningkatkan kecekapan aliran udara di hadapan tayar belakang.

Spoiler aluminium belakang direka semula dan diffuser belakang baharu memberikan kestabilan tinggi, meningkatkan downforce dan meminimumkan seretan aerodinamik.

Rim aloi 19-inci kemasan hitam kusam dan lencana Type R dengan logo merah Honda di jeriji hadapan dan pada pintu but belakang.

Reka bentuk dalaman

Kokpit Civic Type R 2023 direka berkonsepkan Human Machine Interface (HMI) yang menumpukan kepada kadar keterlihatan yang tinggi dan kebolehgerakan yang lebih baik.

Secara keseluruhan ruang dalamannya menampilkan kombinasi rona merah dan hitam, dengan alas kaki dan kemasan tempat duduk sport berwarna merah.

Konsol tengah dan tombol gearnya pula menerima kemasan aluminium, manakala plat nombor siri Type R ditampal pada bolong pendingin hawa untuk menyerlahkan ciri eksklusifnya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Enjin dan transmisi

Civic Type R 2023 dijana enjin 2.0L VTEC Turbo yang menghamburkan 319PS dan 420Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya 5.5 saat dan ditawarkan dengan empat mod pemanduan; Comfort, Sport, +R and Individual yang boleh dilaras sendiri oleh pemandu.

Honda Log R

Buat pertama kalinya untuk Honda Malaysia, aplikasi Honda Log R ditampilkan pada model Civic Type R 2023 yang direka khusus untuk pemandu mencapai peningkatan yang ketara dalam masa sepusingan dalam suasana litar tertutup.

Honda Log R telah dibenamkan dalam kenderaan ini dan mendapatkan akses eksklusif kepada komputer dan penderia on-board untuk memantau pelbagai parameter prestasi.

Ciri-ciri lain

Antara ciri-ciri lain yang ada pada model ini adalah paparan inforia bersaiz 9-inci, pengecas nirwayar, kamera undur pelbagai sudut, lapan beg udara, penderia parking hadapan dan belakang.

Selain itu, Honda CONNECT dan Honda SENSING dengan lapan ciri termaju turut ditawarkan. Civic Type R 2023 didatangkan hanya dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Championship White untuk pasaran Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply