ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu lawan arus – Pemandu Axia direman 3 hari

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, pemandu Perodua Axia yang ditahan kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Sungkai kelmarin direman selama tiga hari bermula hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Tapah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Dikatakan tindakan berbahaya lelaki berusia 34 tahun itu memandu di lorong kanan secara melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari susur masuk tol Sungkai sehingga Kilometer 355.4 lebuh raya tersebut kerana mahu lari daripada sekatan jalan raya.

Akibat tindakan itu, tiga kenderaan termasuk sebuah treler terlibat kemalangan di lebuh raya tersebut kira-kira jam 6.06 petang. Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian itu dirakam seorang pengguna lebuh raya hingga video berdurasi 16 saat tular di laman sosial Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply