ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inisiatif tambang percuma myBAS Konsesi di Seremban, Ipoh dan Johor Bahru

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) meneruskan inisiatif ‘myBAS Konsesi‘ yang menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS, mulai hari ini.

Menterinya, Anthony Loke, berkata inisiatif menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) itu dilaksanakan di tiga bandar iaitu di Seremban, Ipoh dan Johor Bahru.

Katanya, tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti disasarkan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak serta pelajar sekolah berumur tujuh hingga 17 tahun.

Inisiatif yang dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diperkenalkan sempena sambutan Hari Kebangsaan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 2,500 pengguna golongan sasar.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Selaras dengan konsep Ekonomi MADANI, inisiatif SBST membantu menambah baik rangkaian pengangkutan awam dalam bandar, jaringan pertama dan terakhir di ketiga-tiga bandar raya terbabit selain mengurangkan kos sara hidup golongan sasar.

Pengguna akan menikmati manfaat subsidi kos perjalanan di ketiga-tiga bandar raya terbabit yang membabitkan keseluruhan 58 laluan.

Loke berkata, mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri. Katanya, terdapat tujuh lokasi pendaftaran disediakan di Johor Bahru, Seremban (lima) dan satu di Ipoh.

Jelas beliau, prosesnya sangat mudah. Mereka hanya perlu membuat pendaftaran sekali sahaja dan akan diberi pas myBAS. Mereka dikehendaki memperbaharuinya setiap tahun bagi tujuan kemas kini maklumat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bagi golongan OKU dan warga emas, pihaknya akan melihat bagaimana untuk permudahkan pendaftarannya supaya mereka tidak perlu perbaharui kad setiap tahun.

Beliau berharap mereka yang berkenaan dapat membuat permohonan bagi menerima manfaat itu yang bertujuan meringankan beban mereka, malah tiada had ditetapkan.

Pihaknya juga bercadang memperluaskan pelaksanaan tambang percuma ini ke negeri lain secara berperingkat. Sebelum ini, mereka mendapati tidak ramai golongan ini yang menggunakan perkhidmatan myBAS di tiga-tiga negeri ini.

Tetapi beliau yakin apabila kerajaan ambil inisiatif sediakan tambang percuma ini, ramai yang akan membuat permohonan dan ingin memanfaatkannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ministry of Transport Malaysia

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply