ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Lynk & Co 02 dari China singgah di Kuala Lumpur

Foto Intipan

Views

Sebuah Lynk & Co 02 yang sedang dalam ekspedisi penjelajahan merentasi lima buah negara bermula dari China dan bakal berakhir di Singapura berjaya dikesan oleh rakan pembaca kami Vijayan Gopala Krishnan di Dataran Merdeka. Ekspedisi yang dinamakan The Equator Explorer ini merupakan inisiatif peribadi seorang warga China, namun kami tidak mendapat maklumat lanjut mengenainya.

JOM BACA >> MESTI BACA: Proton Iriz MC2 – Apa yang berubah?

Malaysia merupakan destinasi keempat selepas China, Laos, Thailand dan yang terakhir Singapura dan apakah tujuan utama ekspedisi ini dilakukan tidak diketahui. Namun ia langsung tiada kaitan dengan penemuan beberapa unit ujian Lynk & Co 01. 02 dan 03 yang kerap ditemui sejak kebelakangan ini.

Penemuan unit-unit ujian tersebut mungkin petanda besar yang jenama di bawah kumpulan Geely itu bakal memaskui pasaran Malaysia dan Asia Tenggara tidak lama lagi. Dikhabarkan jenama mewah tersebut akan dipasang di kilang usaha sama Proton-Geely yang bakal memulakan operasi sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply