ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X70 mulakan ujian di Pakistan

Foto Intipan

Views

Nampaknya Proton X70 sudah memulakan fasa ujian raya di Pakistan dan beberapa foto unit ujian tersebut telah mula berlegar di laman sosial. Kelibat X70 berceloreng itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Fani Malik dan Hanif Memon, memperlihatkan model tersebut diuji pada waktu siang dan juga malam.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Bulan Disember lalu, Proton telah menyerahkan sebuah X70 secara rasmi kepada kerajaan Pakistan yang merupakan hadiah daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Pakistan, Tuan Yang Terutama Encik Imran Khan bersempena dengan sambutan Hari Resolusi pada bulan Mac 2019 .

ALHAJ Automotive telah dilantik menjadi pengedar rasmi Proton di Pakistan. X70 akan dipasang secara CKD di negara tersebut dan kilang pengeluaran yang akan dimiliki dan dikendalikan oleh ALHAJ Automotive itu kini sedang dalam pembinaan di Greenfield yang terletak di Karachi.

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan

Pengeluaran model ini pula dijadualkan bermula pada tahun 2021 dengan pelbagai pelan dirancang secara teratur untuk pemasangan beberapa model lain di negara ini. Melalui pembinaan kilang pemasangan di Pakistan dengan kerjasama ALHAJ Automotive, Proton berharap dapat kelebihan pengurangan cukai bagi kenderaan CKD di negara tersebut.

Kilang pemasangan CKD baharu di Karachi akan dibina dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta dan bakal mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya. Selain itu, dianggarkan akan terdapat lebih 20,000 peluang pekerjaan secara tidak langsung setelah kilang tersebut siap dibina.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply