ARKIB

KATEGORI

Buletin

Taktik curi lembu guna Honda Odyssey gagal

Berita Tempatan

Views

Pagi tadi kami ada siarkan beberapa foto kes curi lembu yang berlaku di Felda Chini 3, Pekan dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey. Namun, hajat si pencuri tidak kesampaian apabila kenderaan itu mengalami kerosakan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Harian Metro, melaporkan, suspek menggunakan ubat pelali terhadap lembu berkenaan, namun dipercayai tidak sempat melarikan haiwan tersebut disebabkan kerosakan pada bahagian tayar. Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof, Balai Polis Chini menerima maklumat daripada orang awam pada 7.35 pagi.

Jelas beliau, anggota polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian di Jalan Kilang A, Felda Chini 3 dan mendapati sebuah Honda Odyssey hitam ditinggalkan tanpa pemandu dan pemilik. Tambahnya, pemantauan yang dijalankan ke atas kenderaan ini dibuat selama hampir 30 minit namun tiada sesiapa yang hadir.

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan

Beliau berkata, pemeriksaan pihak polis mendapati kenderaan itu juga tidak mempunyai nombor pendaftaran. Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu pula mendapati terdapat tiga ekor lembu yang dalam keadaan lemah, dipercayai dibius.

Kata Mohd Razali, seorang penduduk mengaku sebagai pemilik lembu berkenaan sebelum pihak polis menyerahkan kepadanya untuk membolehkan pemilik merujuk ke pihak veterinar bagi mendapatkan rawatan. Pemeriksaan nombor pendaftaran kenderaan itu pula tidak dapat dijalankan dan ia dipercayai dari Singapura. Tambahnya lagi, kenderaan itu sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk siasatan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply