ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Prototaip Honda Civic Type R versi pengeluaran jalani ujian di Eropah

Foto Intip

Views

Prototaip generasi baharu Honda Civic Type R telah dikesan menjalani ujian di jalan raya awam di utara Eropah. Menurut portal permotoran Motor1.com, model yang berasaskan Civic Hatchback generasi baharu dilihat mula menggunakan prototaip versi pengeluaran.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Bagaimanapun bentuk badannya masih tersembunyi di belakang pelekat celoreng dan juga lapik badan yang ditampal pada unit ujian tersebut. Di bahagian belakangnya masih kelihatan spoiler bersaiz besar dan corong ekzos kembar tiga yang berada di bawah bampar.

Namun, unit prototaip tersebut kelihatan tidak lagi menggunakan set penjana pusaran (vortex generator) yang terdapat pada model semasa. Mungkin, Honda memerlukan reka bentuk yang lebih rendah pada model Type R untuk generasi yang seterusnya.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain itu, Honda masih lagi mengekalkan salur kemasukan udara pada bahagian hudnya, tetapi kali ini ia lebih lebar dan dianjak sedikit ke tengah. Di bahagian kabin, kita hanya dapat melihat imbasan unit infohibur gaya terapung di tengah papan pemuka, sama seperti Civic Hatchback versi biasa.

Honda telah mengesahkan pelancaran model Civic Type R baharu akan dibuat pada tahun depan. Setakat ini tiada maklumat mengenai trenkuasa namun kami merasakan para peminat tegar model ini pasti akan gembira sekiranya ia masih mengekalkan transmisi 6-kelajuan manual.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Motor1

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply