ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Lynk & Co 01 ditemui lagi

Views

Makin kerap pula unit ujian Lynk & Co 01 ditemui sejak kebelakangan ini. Dalam artikel lepas, kami telah memuat naik beberapa foto unit ujian Lynk & Co 01 dan 02 yang berjaya dikesan di dalam parkir Genting Highlands Premium Outlets. Kali ini rakan pembaca kami dan juga salah seorang penasihat jualan Proton yang terbaik di Sabah, Alffian Jasni berjaya mengesan sebuah unit pemanduan sebelah kiri Lynk & Co 01 di plaza tol Seafield beberapa hari yang lalu.

Pada ketika itu dia sedang dalam perjalanan ke KLIA bagi mengikuti rombongan percutian insentif Proton untuk penasihat jualan yang mencatat jualan tertinggi di Malaysia ke Phnom Penh, Kemboja. Katanya lagi, dia hanya sempat mengambil foto belakang unit ujian Lynk & Co 01 ini kerana kenderaan tersebut dipandu agak laju. Dia agak bernasib baik kerana ada plaza tol di hadapan, jika tidak memang tidak berpeluang langsung untuk merakamnya.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Setakat ini kami belum mendapat maklumat terbaharu mengenai model ini dan apakah tujan sebenar ia diuji oleh para jurutera Proton di sini. Tapi apa yang boleh kami katakan ia mungkin tiada kaitan dengan SUV kompak Proton kerana ia berada dalam segmen yang mewah, setanding dengan Volvo XC40.

Ada kemungkinan ia sedang menguji beberapa ciri ‘mobiliti terhubung’ atau enjin dan transmisi yang bakal digunakan pada model baharu Proton pada masa depan. Selain itu, ia mungkin sedang dipersiapkan untuk pemanduan sebelah kanan kerana Geely telah menyatakan hasratnya untuk menggunakan fasiliti di Tanjung Malim untuk menghasilkan model-model jenama lain di bawah kumpulan syarikatnya. Jadi, jenama Lynk & Co merupakan salah satu calon utama yang akan dibawa masuk ke pasaran rantau ini.

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply