ARKIB

KATEGORI

Buletin

Intro Synergy dilantik pengedar tunggal jenama NETA, model pertama NETA V buat kemunculan di Malaysia Autoshow 2023

Berita Tempatan

Views

Kemasukan jenama kereta elektrik (EV) dari negara ‘Tembok Besar’ ke Malaysia semakin tak dapat dibendung lagi. Yang terbaharu, anak syarikat milik penuh GoAuto Group Sdn Bhd, Intro Synergy Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar tunggal untuk jenama NETA.

Ia merupakan hasil kerjasama dengan Hozon New Energy Auto Co Ltd, dari China yang merupakan pemilik jenama NETA dengan perjanjian selama lima tahun.

Kedua-dua entiti itu juga bakal melabur kira-kira RM300 juta untuk membina kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu, rangkaian jualan dan selepas jualan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sempena meraikan kerjasama itu, Intro Synergy bakal memperkenalkan model pertamanya, iaitu NETA V ke pasaran tempatan dalam masa terdekat. NETA V merupakan model EV kompak dalam siri NETA yang dibangunkan dari pelantar HPC.

Model ini menampilkan beberapa ciri unik seperti rekaan tanpa butang kawalan, ruang dalaman minimalis dengan tempat duduk ergonomik dan reka bentuk luaran yang bergaya, terutama sekali lampu hadapan jenis laser ‘mata-helang’, spoiler belakang yang sporty dan siluet badan diinspirasikan dari ikan lumba-lumba.

Ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pada roda hadapan bersama pek bateri lithium-ion berkapasiti 38.5 kWj yang menjana 94 kuasa kuda dan 150 Nm. Model ini mempunyai jarak tempuh sehingga 384 km serta turut menyokong pengecasan pantas 100 kW.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut Pengerusi Kumpulan GoAuto, Datuk SM Azli, kerjasama ini membolehkan mereka membawa kereta elektrik yang inovatif pada harga mampu milik dan kompetitif kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.

NETA V akan membuat debut pertamanya di negara ini bersempena acara Malaysia Autoshow 2023 yang bakal berlangsung pada 4 hingga 7 Mei, bertempat di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS).

Mereka yang membuat tempahan awal semasa acara tersebut bakal menikmati harga yang lebih rendah. Selain NETA V, ada beberapa lagi model dalam siri NETA, antaranya NETA S dan NETA U-II yang dijangka memasuki pasaran negara ini kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply