ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom ke Rumah Terbuka Naza Gaya Raya di Naza Automall hujung minggu ini!

Berita Tempatan

Views

Bilik pameran automotif terbesar di Malaysia, Naza Automall kini sedang mengadakan Rumah Terbuka Naza Gaya Raya sempena dengan sambutan Hari Raya serentak dengan promosi Jualan Penghabisan Stok Pertengahan-Tahun dari Naza Motor Trading. Promosi ini menawarkan lebih dari 40 unit kereta import gred tinggi dengan harga yang paling rendah.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak

Bermula esok (15 Jun) sehingga 16 Jun, lebih 100 unit kereta pelbagai jenama dan spesifikasi akan dipamerkan di Naza Automall. Jadi anda perlu mengambil peluang ini untuk menikmati penimatan tambahan dengan pelbagai pilihan kenderaan dari Naza Motor Trading, semuanya di bawah satu bumbung dengan harga istimewa untuk model mewah terpilih seperti Mercedes-Benz E250 dan CLS400, Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan Lexus NX 200T.

Selain dari kereta import terpakai gred tinggi, anda boleh mengambil peluang untuk mendapatkan promosi Hari Raya yang masih berlangsung dari jenama automotif lain di bawah Kumpulan Naza, seperti DS Automobiles, Ducati dan Vespa!

JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

Bawa seisi keluarga bersama untuk menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di Rumah Terbuka Naza Gaya Raya. Di sana terdapat pelbagai gerai bertemakan Raya yang menawarkan juadah gaya-bufet, Sudut Kanak-kanak dengan permainan tradisi Melayu, muzik Ghazal dan cabutan bertuah.

Kunjungi Rumah Terbuka Naza Gaya Raya hujung minggu ini untuk melihat sendiri apa yang ditawarkan di Naza Automall Petaling Jaya dan sertai acara yang dianjurkan. Naza Automall dibuka dari jam 10:00 pagi sehingga 6:30 petang hujung minggu ini, layari http://nazaautomall.my/ untuk maklumat lanjut.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply