ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jadikan kereta ‘stor bergerak’, modus operasi terbaru sindiket pengedaran dadah

Berita Tempatan

Views

Simpan dadah dalam kereta yang diparkir di kondominium mewah kini menjadi modus operasi terbaru sindiket pengedaran dadah.

Menurut Harian Metro, ‘stor bergerak‘ itu dipercayai digunakan sebagai tempat simpanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa yang menjalankan serbuan di lokasi tertentu.

Terbaru, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju merampas 45 kilogram (kg) ganja yang dianggarkan bernilai RM115,490, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, serbuan jam 1.40 tengah hari itu dibuat di sebuah kondominium mewah di Jalan Ampang, di sini.

Menurutnya, polis menahan dua lelaki yang mendiami kondominium itu dan pemeriksaan lanjut menemui ganja, ekstasi dan syabu di dalam rumah berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Beliau berkata, seorang lelaki yang disyaki orang kanan sindiket pengedaran dadah sama ditahan di Sentul pada hari yang sama.

Susulan daripada pemeriksaan itu, polis dibawa ke tempat parkir kondominium berkenaan dan menemui 44kg ganja mampat disorok di dalam tempat simpanan barang Nissan Sentra.

Polis percaya suspek kini tidak menyimpan dadah di rumah namun memilih kereta untuk dijadikan stor bergerak.

Ini memudahkan bahan terlarang itu disorok dan jika serbuan dijalankan, ia menyukarkan polis untuk menemui dadah yang disimpan.

Katanya, suspek berusia 31 hingga 32 tahun ditahan reman selama lima hari sehingga 11 September untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau berkata, polis percaya sindiket ini aktif sejak November tahun lalu dan menjadikan penagih dan pengunjung kelab malam sekitar Lembah Klang sebagai pelanggan.

Semua suspek yang memiliki rekod lampau membabitkan dadah dan jenayah akan disiasat mengikut Seksyen 39B Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berasingan, Ashari berkata, sindiket dadah kini semakin aktif sejak pusat hiburan kembali beroperasi semula.

Katanya, ini antara cabaran polis untuk memastikan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dapat dibanteras sebaik mungkin.

Polis memang ada maklumat kegiatan pengedaran dadah mengalami peningkatan sejak kelonggaran operasi diberikan kepada pusat hiburan. Tambah beliau, polis sentiasa memantau keadaan ini agar masalah ini dapat dibanteras sebaik mungkin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply