ARKIB

KATEGORI

Buletin

CARSOME Autofair tawar diskaun sehingga RM10k – 10 hingga 11 September ini di CARSOME PJ Automall

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat pembeli yang berminat dengan kereta pra-milik berkualiti tinggi! CARSOME menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pembelian kereta CARSOME Certified di acara CARSOME Autofair, pada 10 hingga 11 September 2022 bertempat di CARSOME PJ Automall.

Di bilik pameran tertutup terbesar CARSOME itu, para pelanggan boleh memilih sehingga 200 unit pelbagai kereta pra-milik berkualiti tinggi dan membeli kereta yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Selain itu, beberapa tawaran lain turut menanti, antaranya yuran tempahan RM99, pakej pemasangan filem penabis haba percuma daripada Ecotint, Pelan Waranti Lanjutan Platinum (EWP) percuma dan tawaran istimewa bernilai sehingga RM3,500 termasuk dua baucar servis, bersamaan dengan servis percuma selama setahun.

Bersempena dengan ulangtahun ketujuhnya, CARSOME akan memberikan pulangan tunai sehingga RM7,000 kepada tujuh pembeli bertuah CARSOME Certified pada bulan September.

Untuk layak mendapat pulangan tunai ini, anda perlu melengkapkan pembelian kereta CARSOME Certified dalam tempoh promosi, isi borang dan jawab kuiz dengan betul yang akan dihantar kepada anda menerusi teks atau e-mel.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pembeli yang berminat juga boleh memohon kelulusan pinjaman segera untuk memandu pulang kereta idaman mereka semasa di lokasi acara tersebut berlangsung.

Mereka perlu membawa kad pengenalan Malaysia atau pasport antarabangsa yang sah, lesen memandu, slip gaji terkini tiga bulan dan penyata KWSP atau pendaftaran syarikat (untuk individu yang bekerja sendiri) untuk tujuan dokumentasi.

CARSOME Autofair akan berlangsung pada 10 hingga 11 September, bermula dari dari 9.00 pagi hingga 8.00 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari CARSOME Autofair.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply