ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Kalau lah Myvi ada versi GR mungkin ini rupanya

Gambaran Artis

Views

Memandangkan esok dah mula kembali bekerja, kami pun sengaja siarkan artikel ‘edisi berangan’. Kali ini seperti biasa pakar dalam manipulasi foto Theophilus Chin mengisi masa lapang hujung minggunya dengan membikin Myvi GR untuk memberi gambaran bagaimana rupa “King” itu dengan sentuhan gaya Gazoo Racing.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Dengan meminjam bampar dan jeriji Yaris GR yang telah dilancarkan baru-baru ini, Myvi GR nampak ‘ngam’ dengan gaya tersebut. Ia tidak nampak terlalu pelik dan ‘masuk’ dengan rekaan keseluruhan Myvi. Rekaan bahagian belakang pula jika dilihat sekilas pandang ia mengingatkan kita kepada model Proton Satria Neo CPS R3.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

“King” nampaknya sangat sesuai mengenakan bampar dengan diffuser kemasan hitam berkilat yang menempatkan sepasang corong ekzos. Spoiler yang besar ‘gedabak’ itu pula berjaya memberikan penampilan yang lebih garang dan boleh juga berkhidmat sebagai penyidai untuk menjemur ’tilam toto’.

Secara keseluruhan karya terbaharu Theo telah memberikan satu lagi idea baharu buat kedai ‘Ah Beng’ untuk menghasilkan kit badan ‘copy ori’ GR ini untuk model Myvi nanti. Sebelum ini, kit badan Myvi GT telah menjadi sumber rujukan untuk pemilik model tersebut ‘menghias’ kereta kesayangan mereka.

Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply