ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

“PETRONAS main peranan penting kejayaan saya” – Lewis Hamilton

Sukan Permotoran

Views

Berita Harian melaporkan, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mengakui PETRONAS memainkan peranan penting terhadap kejayaan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS yang mendominasi saingan perlumbaan Formula Satu (F1) kategori pengeluar sejak 2014.

Pemandu dari Britain itu, berkata ia termasuk menjadi watak penting terhadap kejayaannya yang muncul juara dunia buat kali ketujuh pada musim 2020. Katanya, PETRONAS sentiasa memastikan jentera pasukan itu paling konsisten, tahan lasak, berkuasa tinggi dan efisien biarpun dalam keadaan dan suhu paling ekstrim.

Ujar beliau, mereka perlu bergantung kepada PETRONAS untuk memberikan mereka minyak paling efisien dan pelincir dengan rintangan paling rendah dan penyejukan yang mengekalkan suhu komponen. Tambahnya, enjin adalah jantung kereta, jadi mereka perlu bercakap mengenai bendalir yang menjadi darah kepada enjin kereta mereka.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Petugas PETRONAS memberikan sokongan di Turin dan Makmal ‘Trakside’ di setiap Grand Prix bekerja keras setiap masa bekerjasama dengan pasukan di HPP (Mercedes AMG High Performance Powertrains) untuk membantu mereka mencapai apa yang diinginkan.

Musim 2020 menyaksikan pasukan Mercedes AMG-PETRONAS meneruskan dominasinya untuk memenangi gelaran juara kategori pengeluar dengan 573 mata selepas memenangi 13 daripada 17 perlumbaan musim ini. Hamilton memenangi 11 perlumbaan manakala rakan sepasukannya Valtteri Bottas menang dua perlumbaan.

Musim ini juga turut menyaksikan Hamilton berjaya menyamai rekod juara dunia tujuh kali Michael Schumacher dengan mengumpul 347 mata, 124 mata meninggalkan rakan sepasukan di tempat kedua dengan 223 mata.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Beliau turut meletakkan namanya sebagai pelumba F1 yang paling banyak memenangi perlumbaan – menang 95 perlumbaan, 98 kedudukan petak pertama dan 165 podium, lebih daripada pelumba lain dan dilabelkan peminat sebagai terbaik dalam sukan sepanjang zaman, meskipun terpaksa menarik diri dari Grand Prix Sakhir di Bahrin, selepas diuji positif COVID-19.

Hamilton menjangkakan beliau akan berdepan cabaran sukar dalam usahanya merekodkan gelaran dunia kelapan musim depan. Pemandu berusia 35 tahun itu, berkata dia tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa depan tetapi bersedia untuk bekerja lebih keras bagi mencapai cita-citanya itu.

Katanya lagi, beliau perlu bekerja lebih keras daripada sebelum ini dan mengerakkan rakan-rakannya untuk lebih cekap selain memastikan mereka dahagakan kemenangan serta tidak berputus asa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply