ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi bawa air ketum guna beg penghantar makanan – Dua lelaki ditahan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, cubaan dua lelaki membawa air ketum menggunakan beg penghantar makanan gagal apabila mereka ditahan polis di sekitar kawasan Jinjang, di Kuala Lumpur, kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat rondaan di Lebuhraya Lingkaran 2 (MRR2) menghala ke Batu Caves menemui sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan pada 9.30 malam.

Jelas beliau, anggota bertugas kemudian mengarahkan dua suspek berkenaan yang masing-masing berusia 18 dan 23 tahun berhenti untuk pemeriksaan, namun arahan itu tidak diendahkan. Malah, suspek bertindak memusing motosikalnya dan menunggang kenderaan itu melawan arus jalan sehala menghala ke kawasan Jinjang.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Tambahnya, pihak polis mengejar motosikal dinaiki mereka sehingga kenderaan itu melanggar sebuah kereta jenis Nissan Sentra dan kedua-dua suspek berjaya ditahan untuk pemeriksaan. Shanmugamoorthy berkata, hasil pemeriksaan dilakukan menemui empat bungkusan berwarna hijau disyaki Mitragynine seberat 3.79 gram di dalam beg penghantar makanan dibawa suspek.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek saling mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu. Hasil soal siasat dilakukan mendapati suspek mengaku meminjam beg penghantar makanan berkenaan daripada seorang kawan untuk mengelak dan mengaburi pihak polis yang bertugas di sekatan jalan raya.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Kata Shanmugamoorthy, semakan mendapati kedua-dua suspek terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Menurutnya, modus operandi mengedar, membawa dan mengirim dadah menggunakan beg penghantar makanan sudah dikesan pihaknya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di peringkat awal sebelum ini.

Malah, pihaknya  juga ada mengesan modus operandi secara ‘premier delivery‘ yang menggunakan kereta mewah untuk membawa barang terlarang berkenaan. Justeru, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti seumpama ini yang akan membawa padah sekiranya dikesan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply