Pasukan penyelamat berjaya mengalihkan kapal MV Ever Given di Terusan Suez setelah hampir seminggu tersekat di laluan perdagangan paling penting di dunia itu. Menurut Astro AWANI, walaupun kapal kargo itu berjaya diapungkan kembali, namun ia masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik, atau kepada lebih 450 kapal yang terkandas, sedang menunggu, atau dalam perjalanan ke terusan itu.
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
Usaha menyelamat dilakukan dengan menggali jauh ke dalam tebing terusan, kira-kira 27,000 meter padu pasir. Penangguhan ini merupakan satu lagi tekanan untuk rantaian bekalan global. Kapal MV Ever Given, tersekat secara menyerong merintangi terusan itu sejak Selasa lalu, menutup laluan perdagangan global dari kedua-dua arah, timur dan selatan.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer (km) dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain. Keadaan itu memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika. Kira-kira 10 peratus aktiviti perdagangan dunia bergantung pada Terusan Suez, terutamanya bagi tujuan penghantaran minyak dan gas ke Eropah.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
KOMEN TERKINI