ARKIB

KATEGORI

Buletin

deli by Shell yang pertama di luar stesen minyak kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia hari ini secara rasminya membuka gerai deli by Shell, yang pertama seumpamanya di luar stesen minyak jenama tersebut. Lokasinya terletak di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum. Ia menawarkan pelbagai makanan dan minuman, termasuklah juadah istimewa dari deli2go, selain nasi lemak bungkus, donat ikan bilis dan nasi Ayam Buttermilk.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

deli by Shell ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Shell bagi memudahkan rakyat Malaysia menikmati makanan, menghirup kopi atau kudapan ringan. Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, mereka kini melihat bukan sahaja kenderaan, malah individu yang sedang dalam perjalanan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Pelanggan boleh memilih lebih daripada 20 juadah lazat yang tersedia, antaranya nasi lemak bungkus, cheong fun, sarapan Hainan, nasi Ayam Buttermilk dan pastri deli2go dengan citarasa tempatan. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati kombo sepanjang-hari yang didatangkan bersama Kopi-O dan Teh-O.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply