ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui pada kedalaman 850 meter, kesemua 53 kru sah terkorban

Berita Global

Views

Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kesemua 53 kru kapal selam KRI Nanggala-402 terkorban. Menurut Harian Metro, perkara itu diumumkan Hadi Tjahjanto menerusi sidang media hari ini. Kompas TV melaporkan ia selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Antara yang ditemui kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan, kemudi selam timbul, bahagian kapal yang lain. KRI Nanggala 402 yang menjalani beberapa naik taraf menyertai latihan tentera laut di pesisir pantai Bali ketika ia meminta kebenaran untuk menyelam dan kemudian terputus hubungan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Kapal selam itu dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran. KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel elektrik adalah kapal selam penyerang yang dibina pada 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981.

Aset itu pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan dengan strukturnya diganti serta sistem penggerak, sonar dan senjata yang telah dinaik taraf.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply