ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan Pahang meterai MoU Projek Kuantan Skytrain – Kos RM18.28 bilion, jarak 54.5 km

Berita Tempatan

Views

Kerajaan Pahang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama empat buah syarikat bagi Projek Pembangunan Kuantan Skytrain melibatkan kos pembangunan keseluruhan RM18.28 bilion.

Menurut portal Pahang Media, projek yang melibatkan dua fasa pembinaan ini meliputi jarak sejauh 54.5 kilometer keseluruhan dengan tiga jajaran di mana setiap fasa dijangka siap dalam tempoh empat tahun.

Empat buah syarikat terlibat dalam usahasama ini adalah VKCC Sdn Bhd, Vibrant Frontier Sdn Bhd, Guangcai China (M) Sdn Bhd serta China Shandong International Economic & Technical Cooperation Group Ltd.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Pembangunan fasa pertama projek ini merangkumi pembinaan dua jajaran, iaitu:

  • Menara Kuantan 188 hingga KOTASAS dengan jarak kira-kira 12.5 kilometer
  • Menara Kuantan 188 hingga Teluk Cempedak, dengan jarak kira-kira 10 kilometer

Fasa pertama melibatkan kos pembangunan sebanyak RM7.38 bilion yang turut melibatkan pembangunan empat stesen Skytrain.

Bagi fasa kedua pembangunan pula projek ini dianggarkan menelan kos pembangunan sebanyak RM10.9 bilion melibatkan jajaran ketiga dari KOTASAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dengan jarak kira-kira 32 kilometer yang akan dilaksanakan secara berfasa.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Fasa pertama dijangka dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun, manakala fasa kedua juga dijangka siap dalam tempoh yang sama.

Projek ini dilihat bakal menjadi pelengkap kepada sistem pengangkutan serta menjadi sokongan kepada projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pembangunan projek Kuantan Skytrain juga dapat memberi manfaat kepada sektor pelancongan Negeri Pahang serta membuka 10,000 peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan kepada rakyat tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wan Rosdy bin Wan Ismail

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply