ARKIB

KATEGORI

Buletin

Laman sesawang rasmi kereta terpakai Proton dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Proton hari melancarkan laman sesawang rasmi kereta terpakainya, Proton Cerified Pre Owned (PCPO) bagi memudahkan para pelanggannya mendapatkan maklumat tentang stok dari 36 pengedar di seluruh negara serta tukar beli kenderaan mereka untuk menerima tawaran hebat bagi pembelian model baharu.

Sejak jumlah jualan syarikat naik secara mendadak pada tahun 2019, pemprosesan kereta tukar beli pelanggan secara cekap adalah kunci kepada pengekalan kadar jualan kereta baru bagi Proton. Oleh itu, bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) telah ditubuhkan dan diberi tugas membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama kereta baharu.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Bermula dengan hanya lapan pengedar, program PCPO kini mempunyai 36 pengedar. Setiap pengedar perlu memenuhi syarat, dari segi kewangan dan praktikal, serta bersetuju mengambil langkah yang diperlukan menyediakan stok tukar beli mereka sebelum dijual. Contohnya, setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh 201-mata serta diberi bateri, minyak enjin dan penapis minyak yang baharu.

Keperluan lain bagi kereta PCPO adalah ia mesti berumur kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai jarak perbatuan tidak melebihi 130,000km semasa di tukar beli. Ia juga mesti bebas daripada kerosakan disebabkan oleh banjir atau kemalangan besar yang mungkin mempengaruhi kekuatan struktur kereta.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, program PCPO adalah langkah seterusnya bagi Proton membina ekosistem menyeluruh. Katanya, semua kereta PCPO diberi jaminan tambahan selama setahun bagi bahagian enjin dan kotak gear serta khidmat servis percuma yang boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran.

Jenama kereta lain yang ditukar beli juga akan dijual oleh Proton di laman web PCPO dan bagi kereta-kereta ini, jaminan tambahan tidak akan diberikan tetapi ia akan menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum ditawarkan kepada pelanggan.

Tambah Roslan lagi, pihaknya berharap harga kereta terpakai Proton juga akan meningkat secara keseluruhan dan ini akan memberi kesan kepada pemilik dari segi mendapat kadar pinjaman kewangan yang kompetitif dan nilai tukar beli yang tinggi bila mereka ingin membeli kereta yang baharu. Untuk maklumat lanjut, layari https://used-cars.proton.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply