ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Nak cepat sampai” – Alasan klise pemandu bila ‘kantoi’ dengan UPB JPJ Pahang

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Unit Peronda Bermotosikal (UPB) JPJ Pahang telah mengadakan operasi khas di Jalan Pintasan Kuantan. Ops 7 Kesalahan Utama ini telah melibatkan 9 anggota dan sejbanyak 87 buah kenderaan telah diperiksa termasuk 12 buah kenderaan barangan, 5 kenderaan pengangkutan awam, 2 kenderaan sekolah memandu serta kenderaan persendirian 68 buah.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

80 kes telah dicatat dengan kompaun maksima terhadap mereka yang memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan. Antara alasan klise yang diberi ketika ditahan adalah “ingin sampai cepat”. Turut dikesan dalam pemeriksaan secara ‘snap check‘ itu, 8 kes pemandu tidak memiliki lesen memandu, 65 kes memotong barisan menggunakan lorong kecemasan serta masing-masing 2 kes bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, lesen memandu tamat tempoh serta kesalahan di bawah Seksyen 61(1) APJ 1987.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

JPJ Pahang dalam masa yang sama ingin menasihati pengguna jalan raya khususnya yang menggunakan Jalan Pintasan Kuantan supaya tidak memotong barisan menggunakan lorong kecemasan kerana ia merupakan salah satu punca kesesakan selain turut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Pahang

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply