ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki ‘gila seks’ rakam wanita buang air dalam tandas stesen minyak ditahan

Tular

Views
@zaujatiaiman Kejadian berlaku semasa sy hendak menggunakan toilet awam,selepas meletakkan kereta berhampiran dgn pam tayar,dan meminta suami utk tlg pam tayar,sy berjalan masuk ke dlm toilet tanpa menyedari yg sy sedang di ekori.semasa hampir selesai membuang air kecil sy terdengar ada sesuatu yg terhempas, kerana terkejut sy terus bangun dan memasang semula seluar dan apabila sy pandang ke atas sy terkejut melihat tangan berserta telefon bimbit sedang merakam sy,lalu sy menjerit meminta tlg dan terus keluar dr toilet apabila menyedari yg merakam tu adalah seorg lelaki,sy terus mengejar lelaki tersebut,suami dan org awam yg mendengar jeritan sy telah pun membantu sy utk menahan lelaki tersebut.kerana panic lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yg di ambil di dlm toilet tadi,dgn keadaan marah sy merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan ‘trash’ dan di situlah sy mendapati ada video rakaman sy yg dia buat d dlm toilet tadi.suami sy telah pun menelefon pihak polis dan lelaki tersebut telah pun di tahan utk siasatan.terima kasih pada semua yg telah membantu,pesanan sy buat semua wanita,pastikan tandas awam tu betul² selamat baru gunakan,dan adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jgn berseorangan demi keselamatan.kepada lelaki d luar sana yg tidak mampu berfikiran dgn waras dan membuat kerja begini, hentikanlah‼️#beritatiktokviral #trendingnewsmalaysia #viral #fyp #fypシ #rakamancctv #rakaman #wanitamandiri ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia dirakam oleh seorang lelaki ketika sedang membuang air kecil di sebuah tandas stesen minyak.

Menerusi perkongsian mangsa yang menggunakan akaun TikTok @zaujatiaiman semalam, dia memberitahu, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di sebuah stesen minyak Jalan Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru.

“Selepas meletakkan kereta berhampiran dengan pam tayar dan meminta suami untuk tolong pam tayar, saya berjalan masuk ke dalam tandas tanpa menyedari yang saya sedang diekori.

“Semasa hampir selesai membuang air kecil, saya terdengar ada sesuatu yang terhempas. Kerana terkejut, saya terus bangun dan memakai semula seluar,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, dia sangat terkejut apabila mendapati terdapat tangan dari arah atas pintu tandas sambil memegang telefon bimbit seperti sedang merakam.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Apabila pandang ke atas, saya terkejut melihat tangan beserta telefon bimbit sedang merakam saya. Lalu saya menjerit meminta tolong dan terus keluar dari tandas.

“Suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya kemudian membantu dan berjaya menahan lelaki tersebut.

Kerana panik, lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang diambil di dalam tandas tadi,” katanya.

Wanita itu turut memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut yang memaparkan pergerakan lelaki terbabit masuk ke dalam tandas wanita sebelum kekecohan berlaku.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah wanita itu lagi, dia berjaya menahan lelaki terbabit dan merampas telefon bimbit yang digunakan untuk pemeriksaan.

“Saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan ‘trash‘ dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya di dalam tandas tadi,” jelasnya.

Ujar wanita tersebut, suaminya kemudian menelefon pihak polis dan lelaki berkenaan diberkas untuk siasatan lanjut dan dalam perkongsian akhirnya, dia sempat meninggalkan pesanan buat kaum wanita yang ingin menggunakan tandas awam.

“Pesanan saya buat semua wanita, pastikan tandas awam itu betul-betul selamat baru gunakan dan adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jangan berseorangan demi keselamatan,” katanya.

Sehingga kini, perkongsian wanita itu meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply