ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus tayang foto acah RX generasi baharu, bakal buat kemunculan 1 Jun

Berita Global

Views

Lexus secara rasminya mengumumkan model generasi baharu RX bakal membuat penampilan sulung globalnya pada 1 Jun 2022.

Serentak dengan itu juga, Lexus turut menyiarkan satu foto acah RX generasi baharu dan mengatakan yang SUV tersebut telah “menjalani pembaharuan sepenuhnya”.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Foto acah tersebut memaparkan rekaan muncung hadapan RX yang menampilkan bahasa reka bentuk terkini dari Lexus. Ia mirip dengan model Lexus NX, namun jeriji gelendongnya kini tidak bertutup dan memperlihatkan corak moden.

Lampu depan LEDnya juga lebih tajam berbanding model sebelumnya, manakala liang kemasukan udara semakin membesar untuk menyerlahkan lagi gaya sportynya.

Walaubagaimanapun, kita hanya dapat melihat profil hadapannya sahaja buat masa ini. Di ruang kabin, RX akan dilengkapi dengan sistem infohibur baharu dengan skrin sesentuh 12.3-inci yang kini digunakan pada model NX dan UX yang dikemaskini.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Selain itu, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Lexus Safety System+ 2.5 dijangka didatangkan secara standard untuk kesemua varian, sejajar dengan strategi pengeluar tersebut.

Model generasi semasa Lexus RX membuat penampilan pertamanya pada 2015, dan telah mamasuki fasa facelift pada 2019, bersama-sama dengan beberapa kemas kini kecil selepas itu.

Sama seperti model terdahulu, Lexus RX akan menampilkan trenkuasa hibrid yang dijangka akan dipertingkatkan dari segi output kuasa dan kecekapan. Butiran lanjut berkenaan dengan Lexus RX 2023 akan didedahkan pada 1 Jun nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply