ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori terjunam ke dalam laut, pemandu ditemui lemas

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki ditemui lemas apabila lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal, Lumut Port, Kampung Acheh, Sitiawan dekat Lumut awal pagi tadi.

Mangsa, Aqil Rasydan Razmi, 20, ditemui di dalam kabin tempat duduk pemandu lori tersebut apabila kenderaan itu berjaya dinaikkan kira-kira pukul 9.45 pagi ini, lebih kurang empat jam selepas kejadian itu dipercayai berlaku.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd. Azizi Zakaria menjelaskan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.30 pagi mengenai kejadian itu.

Ia berlaku ketika air pasang menjadikan kedalaman tempat kejadian dianggarkan 15 meter dan sepasukan anggota BBP diketuainya dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pulau Pangkor bergegas ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurutnya, maklumat daripada pihak pelabuhan mengesahkan hanya seorang mangsa terlibat dan kapal berdekatan pelabuhan telah ditarik bagi memudahkan operasi penyelamatan.

Jelas beliau, pihaknya menggunakan dua kren untuk menarik lori tersebut ke jeti dan berjaya dilakukan ketika air mulai surut dengan kedalaman antara 10 hingga 11 meter.

Beliau memaklumkan, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply