ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mengamuk dan bakar kereta peronda polis, warga Indonesia ditahan

Berita Tempatan

Views

Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, kelmarin telah ditahan polis.

Berita Harian melaprokan, Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan berhampiran lokasi kejadian pada jam 4.20 petang tadi dan polis turut merampas sebatang tukul dan sebatang kayu daripada suspek.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk pemohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaidi sebelum ini dilaporkan berkata sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk dalam kejadian sekitar 11 malam semalam.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Polis sebelum itu menerima panggilan daripada penjaga tanah matau balak berhubung seorang lelaki sedang mengamuk di kawasan rumah kongsi, sebelum tiga anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.

Suspek telah bertindak agresif terhadap anggota polis tersebut dengan memukul dan mencederakan dua anggota sebelum bertindak masuk ke rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke dalam kenderaan polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply