ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI TONTON : Apa maksud 0 peratus VLT? Ini penjelasan dari pakar di 3M

Info

Views
Pejelasan Pakar dari syarikat 3M tentang tinting dan apa maksud 0%VLT

Memandangkan ramai yang menyertai perbincangan kami tentang cermin gelap. Kami ke Pusat Inivasi Pelanggan 3M Malaysia untuk mendapatkan penjelasan dari pakar mengenainya dan mendapatkan penerangan tentang tahap penghalangan cahaya dan juga penghalangan haba. Selaput penggelap tidak semestinya menjanjikan kabin yang lebih sejuk kerana haba dihantar lebih melalui jaluran gelombang infra merah berbanding gelombang cahaya tampak.

Oleh itu keupayaan menghalang gelombang infra merah menghasilkan suasana kabin yang lebih nyaman walaupun banyak cahaya tampak yang boleh memasuki kabin. Gelombang ultra lembayung (UV) hanya membawa 4 peratus haba tetapi ianya berbahaya kepada kulit dan juga merosakkan plastik dan bahan dalam kenderaan kita.

Itulah sebabnya mengapa hampir semua lapisan penggelap menghalang sinaran UV. Sinaran UV juga terkumpul lebih padat menjadikannya lebih senang dihalang gelombang infra merah pula merangkumi jumlah besar bermula dari infra merah biasa hingga ke infra merah jauh.

Lazimnya, selaput hanya boleh menghalang gelombang infra merah biasa dan tidak menghalang gelombang infra merah jauh. Inilah sebabnya kita masih merasa haba matahari walaupun memasang cermin paling gelap sekalipun, waima penggunaan pelekat hitam juga lazimnya tidak menghalang infra merah jauh.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan dan menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Tips buang kesan gam dan pelekat pada cermin atau badan kereta versi jimat!”, jom kita layan!

Oldskool Magic: Tips buang gam atau sticker pada tingkap atau cat kereta kurang dari 5 minit!!

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Semoga penjelasan dari pakar ini memberi panduan kepada anda untuk memasang filem cermin gelap selepas ini. Kongsikan info ini kepada yang lain sekiranya ia bermanfaat.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply