Setelah menerima pelbagai cadangan, kami mengambil keputusan untuk memilih jalan dari Empangan Batu ke Batang Kali dan kemudian Gohtong Jaya, setelah memanjat bukit, kami turun balik ke Genting Sempah dan kemudian Jalan Gombak Lama. Keupayaan Mercedes-Benz C43AMG benar-benar teruji. Larasan Sport Plus memang menjadikan kereta ini cukup tangkas dan tenang walaupun di selekoh ular.
Casis sentiasa berkeupayaan menangani selekoh dan juga perubahan permukaan yang ada kalanya agak ekstrem. Sterengnya juga kemas dan pertukaran arah dilakukan dengan tanpa drama serta cukup meyakinkan. Kuasa dan tork sentiasa bersedia untuk melancarkan kenderaan ini pada kelajuan yang lebih tinggi sementara kotak gear 9-kelajuan menukar nisbah dengan begitu pantas dalam larasan Sport plus untuk menjadikan C43 satu jentera yang sesuai untuk dikerah pada kelajuan tinggi.
Selamat menonton!
JOM BACA >> MESTI BACA: Proton Iriz MC2 – Apa yang berubah?
Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan dan menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Betul ke Mazda 6 diesel lebih hijau dari hibrid?”, jom kita layan!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI